Kelas STEM-IoT – Factory Balls Forever

10 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Mac 2024, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) Melugu telah mengadakan kelas STEM-IoT kepada ahli-ahli NaDi Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk menarik minat pelajar mempelajari dan memahami konsep pembelajaran coding menggunakan laman web.

Dalam kelas ini, peserta telah bermain permainan berunsur pendidikan dalam laman web Engineering.com dengan memilih kategori STEM Game. Pelajar dikehendaki memilih permainan bertajuk Factory Balls Forever dimana mereka akan mewarna sebiji bola mengikut gambar yang ditunjukkan menggunakan alatan seperti warna, topi keledar, tali pinggang dan lain-lain lagi. Bola yang telah diwarna dengan betul akan dimasukkan ke dalam kotak dan peserta boleh mara ke peringkat yang seterusnya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali